Last week bawa pelajar yang sakit perut sangat2 ke klinik kesihatan tepi ni. Bila tanya, MA tu cakap suspek apendiks. Dia amek darah n urine utk buat beberapa test. The girl guling2 saket, bila tengok mungkin org akan ckp alaa tahan je la, tp bg diriku yg agak selalu mengalami saket perut beberapa tahun lps sangat memahami sakit tu. Bila saket dalam perut tu mmg rasa nk merengek, walau pun tau mgkin org akan ingt kita mengada2.
Sejam setengah after tuh, the MA ckp "Kita akan hantar ke hosp"..pastu dia duduk luar klinik, then i asked him, "Pergi dengan ambulans ke?", he answered yes.
Bila naik ambulans tuh macam excited tp agak huru hara juga dalam tu, wondering gak mcm mana la dekat otak ni tlh dimindsetkan dr dulu kalo nak bersalin g hosp naik ambulans. Goyang2 dalam tu tambah2 bila lalu jalan yg mcm kain batik tampal bak kata del ni. Jeling gak kt speedmeter dia, nak tgk brp kelajuan ambulan. Mungkin bukan kes kecemasan sgt, so the speed lebih kurang sama dgn my riding kecuali dia langgar semua lobang2.
Ok, arrived the hosp, the MA registered her and sent her into the green door. Saya n another girl tunggu la kt luar. After 2 hours, ada MA lain yg tolak the girl laju2..i followed dari belakang. Rupa2nya the girl kena warded. Ada bbrp lagi peristiwa yg berlaku tp utk memendekkan cerita, saya pun kejut the another girl and ajak dia balik. Bila kluar pintu, i was wondering..mcm mana nak contact the person yg bw ambulans tu. I asked the reception, he said "Dah balik la. Mmg ambulans lepas hantar kes dia terus balik." Fullstop. Blank sebentar. Then i asked him "Ada tak no teksi teluk intan?", kawan sebelah dia jwb ada ke teksi malam2 ni.
When i got the no, trus try untuk call berkali2, sbb slalu nampak kt ipoh ada je, kt nottingham dulu lagi la ada. Tak kan teluk intan xde kot.
Hoho, mmg xde org pun answered the call. Geram. Geram. Masa mula2 geram dgn MA tuh sbb xbgtau pun yg diorg akan balik. Mungkin benda tuh common tp tak semua org akan biasa dengan dunia org lain. Masa kecik parents and cikgu tak pernah ajar pun yg ambulans akan hantar je pastu terus blah. Tgk jam pukul 1.45 a.m. and bagan datoh bukan jarak yg boleh jalan kaki. Nearly 50 km away from the hosp. Nak tefon kwn2 mesti diorg dah tido. Last2 call my ketua warden and he said dia akan datang. Maaf ustaz kaco tgh2 malam2. So pengajaran telah mengajar saya..kalo nak deal dengan pembantu2 perubatan ni, kena tanya sbb diorg tak kan beritahu sbb diorg anggap mcm semua org dah tahu. Kalo kita tak tahu mcm kita lah orang paling bodoh kt dunia ni. (Statement ni mgkin mcm generalisation tp amat valid kt daerah saya ini, bukan setakat klinik kesihatan, tnb pun sama)
Oleh kerana geram masih berbaki, saya pergi menyendiri di depan bilik bedah di tepi toilet and i cried. Then after 1 hour, ust sampai ngan his wife, minum kt mamak yg dh nak tutup kedai jap and we arrived the school at 4.00 a.m. At the morning has to rushed to school sbb ada assembly pagi.
Nasib baik the parents of the girls tak bising2. Keesokkan harinya ada 8 biji kuinin atas meja kt rumah saya, 4 telah diambil oleh rakan guru. Katanya itu diberi oleh ibu pelajar berkenaan. Saya sungguh terharu and proud to be a teacher because at this age sy tlh diberi amanah menjaga anak2 yg beza umur 10 tahun dengan saya. Bila reaksi parents yg mcm ni, rasa berbaloi all the pain. Tp bila berhadapan dengan parents-yg-punyai-anak-yg-sgt-baik, cikgulah-yg-bersalah..trus rasa down.
Apa2 pun sy suka dengan kuinin itu, sangat elok semua buah tu, takde rosak langsung. Sbb selalunya kalo ada kuinin kt rumah saya, paling banyak adalah 2 biji dan selalunya berulat.
Monday, July 23, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Ada akal..
Lebih kurang sebulan yang lepas, dalam perjalanan balik ke Ipoh, dgr slot Prof. Dr. Muhaya dalam IKIM. Walaupun dapat dengar siaran ulangan pun alhamdulillah Allah masih bagi saya peluang untuk berfikir dan audit diri sendiri. Tajuk slot tu ialah "Reset Minda Orang Yang Berfikir". Tajuk yang sangat bagus dan memang kena direct kat diri sendiri.
Sepanjang perjalanan tu mmg sy reflect balik apa yang Prof cakap. Yes, if u r going to do something great, u should have a great plan for it. Along my lifetime, i've never been so ambitious. But alhamdulillah, there was always an ambitious person next to me. My dear late-Abidah (during my school days), dear Afnizar (my IB days) and now I have great Diyana, who always has a proper plan for her days and who has a very strong determination in fulfilling what she's planned.
Dalam alam perguruan ni, selalu ditekankan dengan budaya headcount, analisis item, JSU, postmortem etc. Tp tanpa saya sedar, semua tu saya perlu lakukan pada diri sendiri. I should have my blueprint, my postmortem, my target etc so that I'm not a 'melukut di tepi gantang'. The ultimate target is to enter His Jannah along with my beloveds. However, there are sooo many choices and obstacles along the way. I really need Allah to guide me so that I'll always be on the right track. Walau pun teringin sangat nak masuk dalam golongan As-Sabiqun Sabiqun, harganya terlalu mahal. Yes, terlalu mahal. Pelaburan jiwa dan harta.
Tak boleh tidak (la budda kalau dalam bahasa Arab), I have to make sure that I'll be in the Ashabul Yamin clan. There's no other choice. No other!! Ya Allah, don't let me go astray. Ya Allah, please grant me ur greatest love. Ya Allah, don't let me go towards Ashabul Shimal.
So, that is the target.
Allah provides me so many nikmahs for 27 years already. Saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak banyak konflik, keluarga yang memberi saya peluang untuk mengenal hidup. Mak ayah yang mengajar saya berfikir sejak kecil dan keluarga yang tidak pernah kurang kasih sayang.
Saya telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah yang terbaik (Alhamdulillah, walau pun saya tidak pernah merancang dan bermimpi akan berada dan menimba ilmu di tempat-tempat tersebut tapi saya sentiasa yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini)
1. Tabika KEMAS Kg Tengku Hussein, Ipoh
2. SK Jln Panglima Bkt Gantang Wahab, Ipoh
3. Sek Raja Perempuan Ta`ayah, Ipoh
4. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
5. Kolej MARA Banting
6. The University of Nottingham
7. IPGM Kampus Darulaman
After 2 weeks balik Malaysia, terus kena mendaftar KPLI di IPDA. Kat sana, sy dapat tahu bahawa bukan senang untuk dipilih menyertai kpli, ada yang sampai 5 kali interview baru dapat. Sebulan setengah after habis kpli lak, terus dihantar posting. Allah letak saya di SBP. Dan belum pun dapat surat pengesahan jawatan, sy telah pun dianugerahkan APC bagi tahun ke2 perkhidmatan saya.
So, sepanjang perjalanan hidup saya, telah terlalu banyak yang Allah permudahkan. (Nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan dila~)
Now, saya asyik tertanya-tanya "Bila jodoh saya akan sampai?" Layakkah saya untuk bertanya soalan macam tu sedangkan selama ni peraturan yang telah Allah susun adalah cukup sempurna untuk saya.
Perkahwinan bukan benda yang kita kena buat bila semua org buat pada umur tertentu. Contoh: masuk sekolah umur 7 thn, ambil upsr umur 12 thn, pmr 15 thn, spm 17 thn etc. Perkahwinan bukan benda yang malam ni baca esok tgk soalan terus jawab pastu tunggu result. Dpt result ok alhamdulillah, dapat result k.o cuba lagi. Bukan mcm itu. Once kita dah commit untuk berkahwin, there's no turning back. Perkahwinan adalah pembinaan ummat. Satu tugas yang sangat besar. Tugas untuk melahirkan lebih banyak hamba dan khalifah Allah. Sejak dari form 1 saya amat berpegang dengan ayat "Allah tidak akan membebankan kita lebih dari kemampuan kita". So, boleh ke dengan attitude saya yang mengabaikan tugas merancang kehidupan dan membina sebuat blueprint untuk hidup ini melangkah ke alam untuk membina manusia. Manusia (read: anak) bukan bahan yang bila tak elok kita ambil buang dalam tong sampah. Bila kita x guna dah, kita erase file and empty the dustbin. Bukan!!
Maka, merancanglah dan audit diri sendiri dulu. Be a better person dulu, and iA pada masa yang sesuai sy yakin Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya. Never lose hope.
Friday, June 29, 2012
Kemahiran baru?
Bila tgk anak-anak murid semua sibuk sambung belajar, anak2 form 5 sibuk nak spm, kawan2 sibuk memanjangkan cita2..hati teringin juga nak buat sesuatu. Nak belajar sesuatu yg xtahu lagi.
Kawan ajak sambung masters, tp buat masa ni tak ada momentum lagi.
Malam semalam, decide nak cuba menjahit walau pun tak tahu menjahit. At least ada sesuatu yg saya reti buat selepas beberapa tahun. Asyek nak bergelumang dengan SPM je, budak tiap2 tahun ada SPM. Tp diorg sekali je, cikgu tiap2 tahun nak menjawab soalan SPM tu.
Lepas decide, terus nak beli mesin. Dah survey2 sket, ada la idea nak beli apa tp xtahu berbaloi ke tak nnt. Takut mengumpul habuk je kang mesin tuh.
And satu lagi yang mengurangkan keyakinan tuh sebab memang xreti menjahit guna mesin langsung. Sbbnya menjahit ni masuk dalam kategori seni. Kalau bab seni ni mmg saket sket nak buat. Baru pegang je dah saket tangan. Most yg melibatkan seni2 ni saya xpandai. Antaranya; anyam ketupat, main alat muzik, melukis, menulis even nak pinkan tudung pun merupakan benda yang agak sukar bagi saya.
Tangan tak ada 'pantat siput' barangkali. Padahal semua opah saya adalah orang yang sangat berseni. Sangat2. Kalau potong bawang, halia, serai and daun kunyit tuh mungkin saya dapat markah 1, opah markah 10.
Ya Allah, mohon dipermudahkan impianku ini.
Nak belajar menjahit utk lepas guna sendiri and family. Nak pakai pakaian yang menepati kriteria tutup aurat. Mungkin patut belajar dengan Si Manikam Kalbu. Tp kt mana nak cari beliau ye?
Tuesday, June 26, 2012
1.1
Berimpianlah, kerana dengan adanya impian maka adanya sebuah perancangan.
Menulislah kerana dengan menulis kita memberitahu minda segar kita supaya membaca dan melaksanakan.
Kenapa minda segar dan hati saya seakan-akan mati beberapa tahun belakangan ini? Mungkin kerana jauhnya hati dari Allah. Mengapa ia berlaku? Kerana kerasnya hati, kering dan layu. Mungkin menghampiri matinya hati hinggakan bila disebut nama Allah, tidak terdetik rasa getar di hati. Kadangkala tanpa segan silu melakukan dosa. Tidak malukah pada malaikat? Tidak malukah pada kedua ibu bapamu? Tidak malukah pada kaum keluargamu? Tidak malukah apabila segala perbuatan akan disiarkan secara besar-besaran tanpa sebarang proses pengeditan di padang mahsyar kelak?
Mungkin antara puncanya; saya sudah kurang membaca, dan saya tidak menggunakan hati kecil saya untuk berfikir. Maka hiduplah hati saya hanya dengan melakukan tugas rutinnya.
Oki cakap kita semua adalah artis-artis Allah di muka bumi ni, semua org berperanan memainkan watak masing-masing dalam menyampaikan dakwah Allah. Sebagai pelakon, guru, doktor etc.
Saya sudah menyedari kelemahan saya sejak dahulu. Saya lemah bila disuruh bercakap secara formal dalam majlis-majlis sbb saya mempunyai masalah untuk meng'synchronise'kan sebahagian anggota badan pada permulaan sesuatu. Contoh; masa mula2 drive kereta saya dapat rasakan bahawa kaki, tangan dan mata saya tidak bekerja bersama dengan otak dan hati saya.
Dalam erti kata lain, kereta bergerak tapi saya tidak dapat 'rasa' apa2. Saya tak faham apa yang berlaku pada masa tu. Lulus ujian parking lepas tu pun sbb saya hafal gerakan; kena pusing stereng berapa kali etc. Once dah dapat lesen, agak sukar nak bawa kereta ayah pada permulaan sbb suasana dah lain, jalan lain, tempat parking lain dan kereta pun lain.
Ok, now sekali lagi saya dapat kesan dah semasa tulis ni. Kelemahan saya utk bercakap sbb saya punya point tidak tersusun. Dari awal penulisan ni pun macam dah xnampak apa flownya.
Takpe, saya tulis ni untuk bacaan saya juga sebenarnya. Nak tulis menggunakan pen dan kertas mungkin saya rasa ia lebih mengambil masa + tulisan yang amat artistik itu.
Saya harus terus menulis, menulis dan menulis untuk mengeluarkan isi hati saya supaya hati saya turut diajak untuk berfikir. Mungkin menulis adalah potential saya (Sbb tu la saya selalu kena jadi SU, haha). Masa zaman sek dulu pernah dengar apa yang berlaku pada kita sekarang adalah persiapan untuk kita di masa hadapan. Saya yakin apa yang saya telah lalui terutamanya pada zaman persekolahan adalah persiapan saya untuk menjadi seseorang pada masa akan datang. Bukan hanya melukut di tepi gantang.(Alhamdulillah, Allah telah tempatkan pada sekolah-sekolah yang terbaik iA)
Wahai minda segarku, dengarkan ini apa yang ku mahu.
Saya mahu berubah, saya mahu jadi wanita solehah, saya mahu jadi hamba Allah yang mampu sujud di Padang Mahsyar nanti. Saya nak jadi anak yang taat. Kalau diizinkan saya mahu menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami. Saya nak jadi ibu kepada anak-anak yang akan menjalankan tanggungjawab sebagai abid dan khalifah di muka bumi Allah ni. Saya nak jadi seorang guru yang mampu menyentuh hati anak-anak ini menjadi manusia yang taat kepada Allah taala.
Dila, pls find ur potential. Pls use ur potential wisely and ultimately. Dunia tak kemana dila. Stay firm!! Saya mahu berubah dan saya mengambil langkah untuk mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)