Tuesday, May 01, 2007

tgh2 tgk2 ketas past yrs tetibe lak terjumpe satu cite menarik..apology utk penulis,just nk kongsi point

"Ada kisah seorang hamba tu..Suatu hari, raja telah memarahinya kerana satu kesalahan.Dia sanggup mengaku salah walaupun bukan dia yang membuat kesalahan itu," cerita Ibu Khaulah.
"Kenapa dia nak mengaku begitu...tak bijak,"protes Amierah.
Ibu Khaulah tersenyum,"Bukan tak bijak,Syuhadah. Dia nak merasakan dirinya hamba kepada Raja.Dia tahu Raja berhak berbuat apa, kerana dia hanya seorang hamba."
"Tak fahamlah,Ibu,"beritahu Amierah.
"Itu bermakna, dari cerita ini, kita disuruh mengambil iktibar bahawa si hamba itu, sanggup taat kepada Raja dalam apa jua keadaan sehingga tak bersalah pun,dia sanggup mengaku salah. Jadi, kita jiwa yang merdeka ni, kenalah rasa bersalah sentiasa dgn Tuhan,kerana Tuhan adalah Raja kita, segala-galanya buat kita. Kalau si hamba tadi mampu taat dgn Rajanya, yang hanya seorang manusia, kita lagilah...Kita hamba kepada Tuhan yang Maha Baik, Maha segala-galanya,"terang Ibu Khaulah lembut.
"Itu kalau dgn Tuhan. Memanglah sepatutnya kita rasa hina, rasa berdosa..tapi kalau antara kita sesama makhluk,Ibu?"tanya Amierah lagi.
"Kalau sesama makhluk, anggaplah kita hendak berkasih sayang. Kalau dia tuduh kita sesuatu yang kita tak buat, kita redhalah.Maafkan kesalahan orang itu. Mungkin kita ada buat salah dgn Tuhan, sebab itulah Tuhan benarkan insan lain menyakiti kita. Kalau kita bersangka baik, amanlah dunia ni,bukan gitu?" lembut penerangan Ibu Khaulah.

No comments: