Tuesday, November 13, 2007

Yang Mana Satu Pilihanmu?






Choices..
Pilihan..
Tak ke kiri, pasti ke kanan..
Tak maju ke depan, pasti mundur ke belakang..
Atau mungkin statik di satu tempat..
Di titik asal..
Tanpa perubahan apa-apa..

Dalam sedar tak sedar..hidup ini penuh dengan pilihan yang kita kena buat..
Sama ada nak bangun awal atau pun nak bangun lambat..
Sama ada nak pergi kelas atau pun nak sambung tidur..
Sama ada nak masak sendiri atau pun nak makan di luar..
Sama ada nak tengok Youtube, Veoh atau pun nak buat assignment..
Sama ada nak baca komik, majalah atau pun nak baca alQuran..
Sama ada nak lengah-lengahkan solat atau pun solat awal waktu..
Lebih buruk lagi kalau terus leka dengan kerja yang dibuat
Sampai tak sedar waktu solat dah habis
Na’uzubillah min zalik!!

Semuanya bergantung pada hati yang memilih dan akal yang memutus..
Tak kira apa pun pilihan yang ada, kita memilih mengikut rasa hati..
Akal yang ada akan buat justifikasi dan beri macam-macam alasan supaya pilihan yang kita buat tu Nampak baik dan sedap dipandang..
Tak percaya??
Pernah tak suatu ketika kita kena pilih
Sama ada nak beli keropok lekor seringgit
Atau pun nak sedekah seringgit pada pakcik tua yang menghulur tangan meminta simpati di pasar malam?


Hati :Hurm..dah lama tak makan keropok lekor..lepas ni ntah bila pulak nak makan
Akal : Takpe lah..lain kali boleh sedekah..minggu lepas baru je bagi derma untuk bina madrasah baru kampung mana ntah..


Atau lebih buruk lagi kalau..


Hati : Eleh pakcik ni..daripada hidup minta sedekah..kan banyak lagi kerja yang boleh buat untuk cari duit..?
Akal : Daripada aku tolong dia dan biarkan dia terus minta sedekah..baik biar camtu je..at least dia boleh cari kerja lain lepas-lepas ni..
Sedangkan di tangan, sudah ada char kuey teow, nasi kerabu dan air soya..
Na’uzubika min zalik..

Atau pun contoh lain yang lebih dekat..
Pernah tak kita kena pilih sama ada nak sambung tidur atau nak bangun tidur dan terus bersihkan diri, berwudhuk untuk tunaikan solat fardhu subuh,bila jam loceng berbunyi pukul 6.00 pagi?
Hati : Ngantuknya..susahnya nak buka mata..
Akal : Alah..sambung tidur kejap je lagi..semalam tidur pukul 3 siapkan assignment. Tak cukup tidur lagi ni..nanti ngantuk pula dalam kelas..subuh habis lambat lagi..


Sedangkan kita tahu, sebelum-sebelum ini..kalau kita sambung tidur, mesti nanti terbangun 5-10 minit lagi sebelum terbit fajar..
Atau lebih buruk lagi bila waktu dah habih..
Na’uzubika min zalik..


Masa tu barulah nak beristighfar..
Masa tu barulah nak tepuk dahi..
Masa tu barulah nak marah diri sendiri..
Sedangkan nasi telah pun menjadi bubur..
Dan satu amalan telah pun dicatat dalam salah satu buku amalan kita..
Jadi..
Apa yang nak dipilih..?
Apa yang nak dibuat supaya kita buat pilihan yang betul..?
Lupakah kita dengan wahyu pertama yang diturunkan?
Iqra’!!
Bacalah!!
Tuntutlah ilmu!! Kenalilah Allah dan batasan-batasanNya..
Lembutkanlah hatimu untuk pergi mempelajari alQuran dan asSunnah..
Walaupun susah, walaupun perit, walaupun malas..
insyaAllah suatu hari nanti, biiznillah..Allah akan buka jua hatimu untuk menerima hidayahNya..
Bukankah hati itu adalah raja?
Dan anggota lain adalah rakyat yang setia?
Tapi ingatlah..
Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menarik kita kepada pilihan yang salah dan menjauhi Allah..

So..what are you going to do now?!


By
-semuthitam-



Di ruang-ruang kota

Di celah-celah pinggir desa

Di dalam banglo bilik istana kamar si rumah usang

Di dalam petak teratak usang si rumah sewa

Di dalam di mana saja

Di situlah bermula kisah ambilah

Di ruang-ruang hotel mewah berbintang lima

Di dalam bilik-bilik kecil katil hotel-hotel berharga murah

Di dalam hamparan bendang,ladang dan sawah

Di dalam taman,tasik segala bermula kisah ambilah

Di dalam semak belukar petak usang atau mobil mewah

Embun menjadi tegar kekasih saling berikrar

Merpati dua sejoli bermadu kasih perit,pedih,rintih,nikmat,keluh,resah

Jadi derita ambillah

Dari setitis air mengalir menjadi seketul darah dari seketul

Menjadi segumpal daging merah

Berdegup jantung nya bernangis bernyawa

Sayang hanya dibuat umpama seurat sebutir sampah

Tanggis nya mengisi dunia

Siapa mama nya siapa papa nya

Siapa yang empunya

Jangan ditanya siapa papa dan siapa mama nya lagi

Dia hanyalah bayi merah

Hanya bayi merah yang wujud dari rahim seorang wanita

Yang tidak dan belum mengerti apa-apa

Ambillah ingin segera ku dengarkan azan di telinga tika mata mu pejam

Ingin segera ku kenalkan mu pada dunia saat tika mata mu jaga

Ambilah adakah kau bisa menghadapi semesta yang menanti

Dengan sejumlah sejuta taring yang berbisa

Senda,tawa hilai dunia usah la kau kecewa berputus asa

Ambilah ingin ku melihat dikau mendaki puncak bukit menara tinggi menghirup erti hidup

Memeluk sari enti bunga dunia memeluk alam semesta

Ambillah ingin ku lihat kau dewasa merangkak bertatih jatuh bangkit bangun semula

Berlari ke kaki pelangi mengejar mimpi melewati samudera dengan sayap irama

Sesekali gendong la dia ajak la dia bicara sewaktu-waktu timang la dia

Dan buat dia ketawa kerana dia juga seperti anak kecil yang lainnya

Tulis la luka ambilah tulis la di dinding-dinding rumah

Tulis la di kaca-kaca pada setiap wajah yang kau jumpa kalimah yang kau kutip dari

Butir sejarah

Tulis la duka ambilah tulis la bertapa hari-hari yang kau lalui bertapa kau sunyi sepi

Dingin nya sedingin salji walau berdiri mu di panas terik mentari

Tulis la rindu ambilah tulis la atas pasir dan tanah

Tulis la dengan jari-jemari yang tidak pernah merasa nikmat sentuhan papa dan mama

Tulis la tulis la tulis la ambilah

Agar dapat ku khabarkan pada semua tidak akan lahir sejuta janin tak berdosa

Seorang lagi ambilah

Dan pabila tanggis nya pertama kali mengisi dunia

Nyaring garing memecah suasana hening subuh gelita

Di dalam dingin pagi begini embun menjadi saksi

Mentari ku bersedih si gebu kecil mengigil si mongel kecil memangil
(ambilah...ambilah....ambilah ar... ambilah...ambilah..ambilah... arr....)

credits utk ahlifiqir,baru dgr lagu ni td..really eager to share it here..maybe one of my great-great grandkids akan bace ni,b4 they facing the real world,lets them know wat the reality is..thanks sbb ade gak manusia yg berfikir utk manusia laen skang ni..hope org akan dpt the geez..there might be one or two or ten or maybe millions outtthere listening to this song n take the msg, but there might be also people yg tend to be ignorance,although they know it deep inside their hearts..masih cube mem'benar'kan their situations..although they know that they themselves yg dpt merubah their situations
ooh knape sy suke gune kata-ganti-diri-jamak skang ni eh?bile makcik lab tny about me,i answer we..bile sy nk mention pihak laen sy kate they
hem hem