Friday, June 29, 2012

Kemahiran baru?

Bila tgk anak-anak murid semua sibuk sambung belajar, anak2 form 5 sibuk nak spm, kawan2 sibuk memanjangkan cita2..hati teringin juga nak buat sesuatu. Nak belajar sesuatu yg xtahu lagi.
Kawan ajak sambung masters, tp buat masa ni tak ada momentum lagi.

Malam semalam, decide nak cuba menjahit walau pun tak tahu menjahit. At least ada sesuatu yg saya reti buat selepas beberapa tahun. Asyek nak bergelumang dengan SPM je, budak tiap2 tahun ada SPM. Tp diorg sekali je, cikgu tiap2 tahun nak menjawab soalan SPM tu.

Lepas decide, terus nak beli mesin. Dah survey2 sket, ada la idea nak beli apa tp xtahu berbaloi ke tak nnt. Takut mengumpul habuk je kang mesin tuh.

And satu lagi yang mengurangkan keyakinan tuh sebab memang xreti menjahit guna mesin langsung. Sbbnya menjahit ni masuk dalam kategori seni. Kalau bab seni ni mmg saket sket nak buat. Baru pegang je dah saket tangan. Most yg melibatkan seni2 ni saya xpandai. Antaranya; anyam ketupat, main alat muzik, melukis, menulis even nak pinkan tudung pun merupakan benda yang agak sukar bagi saya.
Tangan tak ada 'pantat siput' barangkali. Padahal semua opah saya adalah orang yang sangat berseni. Sangat2. Kalau potong bawang, halia, serai and daun kunyit tuh  mungkin saya dapat markah 1, opah markah 10.

Ya Allah, mohon dipermudahkan impianku ini. 

Nak belajar menjahit utk lepas guna sendiri and family. Nak pakai pakaian yang menepati kriteria tutup aurat. Mungkin patut belajar dengan Si Manikam Kalbu. Tp kt mana nak cari beliau ye?

Tuesday, June 26, 2012

1.1

Berimpianlah, kerana dengan adanya impian maka adanya sebuah perancangan.
Menulislah kerana dengan menulis kita memberitahu minda segar kita supaya membaca dan melaksanakan.

Kenapa minda segar dan hati saya seakan-akan mati beberapa tahun belakangan ini? Mungkin kerana jauhnya hati dari Allah. Mengapa ia berlaku? Kerana kerasnya hati, kering dan layu. Mungkin menghampiri matinya hati hinggakan bila disebut nama Allah, tidak terdetik rasa getar di hati. Kadangkala tanpa segan silu melakukan dosa. Tidak malukah pada malaikat? Tidak malukah pada kedua ibu bapamu? Tidak malukah pada kaum keluargamu? Tidak malukah apabila segala perbuatan akan disiarkan secara besar-besaran tanpa sebarang proses pengeditan di padang mahsyar kelak?

Mungkin antara puncanya; saya sudah kurang membaca, dan saya tidak menggunakan hati kecil saya untuk berfikir. Maka hiduplah hati saya hanya dengan melakukan tugas rutinnya.

Oki cakap kita semua adalah artis-artis Allah di muka bumi ni, semua org berperanan memainkan watak masing-masing dalam menyampaikan dakwah Allah. Sebagai pelakon, guru, doktor etc.

Saya sudah menyedari kelemahan saya sejak dahulu. Saya lemah bila disuruh bercakap secara formal dalam majlis-majlis sbb saya mempunyai masalah untuk meng'synchronise'kan sebahagian anggota badan pada permulaan sesuatu. Contoh; masa mula2 drive kereta saya dapat rasakan bahawa kaki, tangan dan mata saya tidak bekerja bersama dengan otak dan hati saya.

Dalam erti kata lain, kereta bergerak tapi saya tidak dapat 'rasa' apa2. Saya tak faham apa yang berlaku pada masa tu. Lulus ujian parking lepas tu pun sbb saya hafal gerakan; kena pusing stereng berapa kali etc. Once dah dapat lesen, agak sukar nak bawa kereta ayah pada permulaan sbb suasana dah lain, jalan lain, tempat parking lain dan kereta pun lain.

Ok, now sekali lagi saya dapat kesan dah semasa tulis ni. Kelemahan saya utk bercakap sbb saya punya point tidak tersusun. Dari awal penulisan ni pun macam dah xnampak apa flownya.

Takpe, saya tulis ni untuk bacaan saya juga sebenarnya. Nak tulis menggunakan pen dan kertas mungkin saya rasa ia lebih mengambil masa + tulisan yang amat artistik itu.

Saya harus terus menulis, menulis dan menulis untuk mengeluarkan isi hati saya supaya hati saya turut diajak untuk berfikir. Mungkin menulis adalah potential saya (Sbb tu la saya selalu kena jadi SU, haha). Masa zaman sek dulu pernah dengar apa yang berlaku pada kita sekarang adalah persiapan untuk kita di masa hadapan. Saya yakin apa yang saya telah lalui terutamanya pada zaman persekolahan adalah persiapan saya untuk menjadi seseorang pada masa akan datang. Bukan hanya melukut di tepi gantang.(Alhamdulillah, Allah telah tempatkan pada sekolah-sekolah yang terbaik iA)

Wahai minda segarku, dengarkan ini apa yang ku mahu.

Saya mahu berubah, saya mahu jadi wanita solehah, saya mahu jadi hamba Allah yang mampu sujud di Padang Mahsyar nanti. Saya nak jadi anak yang taat. Kalau diizinkan saya mahu menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami. Saya nak jadi ibu kepada anak-anak yang akan menjalankan tanggungjawab sebagai abid dan khalifah di muka bumi Allah ni. Saya nak jadi seorang guru yang mampu menyentuh hati anak-anak ini menjadi manusia yang taat kepada Allah taala.

Dila, pls find ur potential. Pls use ur potential wisely and ultimately. Dunia tak kemana dila. Stay firm!! Saya mahu berubah dan saya mengambil langkah untuk mencuba.