Friday, June 29, 2012

Kemahiran baru?

Bila tgk anak-anak murid semua sibuk sambung belajar, anak2 form 5 sibuk nak spm, kawan2 sibuk memanjangkan cita2..hati teringin juga nak buat sesuatu. Nak belajar sesuatu yg xtahu lagi.
Kawan ajak sambung masters, tp buat masa ni tak ada momentum lagi.

Malam semalam, decide nak cuba menjahit walau pun tak tahu menjahit. At least ada sesuatu yg saya reti buat selepas beberapa tahun. Asyek nak bergelumang dengan SPM je, budak tiap2 tahun ada SPM. Tp diorg sekali je, cikgu tiap2 tahun nak menjawab soalan SPM tu.

Lepas decide, terus nak beli mesin. Dah survey2 sket, ada la idea nak beli apa tp xtahu berbaloi ke tak nnt. Takut mengumpul habuk je kang mesin tuh.

And satu lagi yang mengurangkan keyakinan tuh sebab memang xreti menjahit guna mesin langsung. Sbbnya menjahit ni masuk dalam kategori seni. Kalau bab seni ni mmg saket sket nak buat. Baru pegang je dah saket tangan. Most yg melibatkan seni2 ni saya xpandai. Antaranya; anyam ketupat, main alat muzik, melukis, menulis even nak pinkan tudung pun merupakan benda yang agak sukar bagi saya.
Tangan tak ada 'pantat siput' barangkali. Padahal semua opah saya adalah orang yang sangat berseni. Sangat2. Kalau potong bawang, halia, serai and daun kunyit tuh  mungkin saya dapat markah 1, opah markah 10.

Ya Allah, mohon dipermudahkan impianku ini. 

Nak belajar menjahit utk lepas guna sendiri and family. Nak pakai pakaian yang menepati kriteria tutup aurat. Mungkin patut belajar dengan Si Manikam Kalbu. Tp kt mana nak cari beliau ye?

No comments: